Thursday, March 31, 2011

Preparation towards Examination

Debaran peperiksaan kian terasa, masa dirasakan berlalu dengan pantasnya dan kita mula merasakan betapa bernilainya setiap detik waktu. Jika sebelum ini ruang-ruang masa kita diisi dengan perkara yang tidak berfaedah,namun kini tidak lagi. Kiri, kanan, depan, belakang semuanya dipenuhi buku dan nota-nota.Disaat ini jugalah sesalan datang bertimpa, mengapalah sebelum ini kita tidak pernah menghargai masa yang Allah kurniakan padakita. Rasulullah saw bersabda “Ada dua jenis nikmat yang dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu luang”.

 Namun, masa yang lalu tidak dapat diputarkan kembali, langkah harus diteruskan. Pengalaman semalam merupakan guru yang terbaik untuk mendidik kita dihari kemudian. Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua. Ayuh! Persiapkan senjata kita untuk meneruskan perjuangan dalam sisa waktu yang berbaki.

Memperbaharui Niat
Inilah langkah pertama yang perlu dilakukan pada permulaan setiap amalan.

“Katakanlah sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam”

Jika ada niat kita yang sudah terpesong, panggillah ia kembali ke landasan yang sebenar. Bukanlah peperiksaan yang kita letakkan sebagai matlamat utama kita, bukan jua kemegahan atau pun kebanggaan yang kita dambakan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang kelak, tapisemuanya adalah kerana Allah.  Jadikanlah masa kita untuk mengulang kaji pelajaran sebagai salah satu ibadah untuk mendapatkan keredhaNya.

Jangan Merasa Tertekan
Sesungguhnya kemampuan tidak merasa tertekan merupakan sifat mulia yang dapat membantu menghilangkan kesulitan dan meraih kejayaan. Tekanan pada musim peperiksaan adalah perkara biasa yang dialami oleh setiap individu yang bergelar pelajar. Namun sebagai seorang muslim, kita harus bijak menangani tekanan yang kita hadapi.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah ,nescaya Dia Akan membukakan jalan keluar baginya”

Ya, hanya ketaqwaan yang dapat membawa kita keluar daripada segala masalah, kesulitan mahupun tekanan. Oleh itu, cara terbaik untuk kita berhadapan dengan tekanan adalah meningkatkan ketaqwaan kita padaNya, perbanyakkan amalan harian kita seperti solat hajat dan qiyamullail walaupun kita sibuk mentelaah pelajaran. Insyaallah, pasti akan ada jalan keluar yang disediakan oleh Allah untuk kita. 

Sabar
Setiap perjuangan pasti ada rintangan yang perlu dihadapi. Perjuangan dalam menuntut ilmu juga tidak terkecuali. Dan tiada kunci yang lain untuk mengharunginya melainkan dengan kunci kesabaran.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya -kerana amat banyaknya."

Kita perlu bersabar menghadapi kesukaran untuk fokus dalam mengulangkaji pelajaran, perlu bersabar dengan gangguan luar yang datang, perlu bersabar menghadapi kepenatan dan pelbagai jenis sabar lagi yang perlu dilalui lebih-lebih lagi dalam musim peperiksaan. Belajar bersabar memanglah perit tetapi fikirkanlah kemanisan buah-buah kesabaran kelak. Tanpa kunci kesabaran, kita tidak mampu menghadapi kesukaran yang mendatang.

Tawakal 

 "Jikalau engkau telah bulat tekad – untuk melaksanakan sesuatu –maka bertawakkallah kepadaAllah."
 
Setelah kita berusaha dan bermujahadah, bertawakallah kepadaNya. Tawakal bukan bermaksud kita menyerahkan semua perkara bulat-bulat kepada Allah, tetapi perlulah disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Selepas usaha yang bersungguh-sungguh tersebut, barulah kita serahkan segala keputusannyakepada Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

 Dari Umar r.a., katanya: "Saya mendenga rRasulullah s.a.w. bersabda:

"Andai kata engkau sekalian itu suka bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal, niscayalah Dia akan memberikan rezeki padamu sekalians ebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagiburung-burung berperut kosong dan petang kembal idengan perut penuh berisi.”

Selamat bemujahadah! Berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya

0 comments:

Post a Comment